Close

iOS 17 dijangka hadir dengan perubahan ketara pada Control Center

Sumber : AppleTrack

Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan yang Apple tidak akan membawa perubahan ketara pada iOS 17 kerana memfokuskan kepada pembangunan sistem operasi xrOS yang akan digunakan pada set kepala AR/VR pertama mereka.


Terbaru, berdasarkan dari laporan MacRumours. Apple dikatakan akan membawa perubahan yang ketara di bahagian Control Center pada iOS 17. Berikutan dari itu, Apple dijangka akan merombak dan mereka semula menu Control Center untuk menjadikan ia lebih mudah untuk diakses dan lebih menarik.
Control Center mula diperkenalkan pada iOS 7 dan hanya menerima perubahan minima pada iOS 11, selepas itu tiada lagi perubahan yang dibuat pada Control Center.
Selain perubahan pada bahagian Control Center, iOS 17 juga dilaporkan akan membawakan sejumlah peningkatan dari segi prestasi dan juga kestabilan. Walaubagaimanapun, laporan ini masih lagi terlalu awal untuk diperkatakan. Semua perkara mengenai iOS 17 akan terjawab pada acara WWDC23 yang akan berlangsung pada 6 Jun ini.

ARTIKEL BERKAITAN