Close

iOS 17 dilaporkan akan menyokong semua model yang menjalankan iOS 16

Perkara paling ditunggu pada acara WWDC23 adalah pengumuman mengenai kemas kini sistem operasi yang seterusnya iaitu iOS 17. Pada acara tersebut, Apple turut akan mengumumkan senarai peranti yang akan menyokong iOS 17.

Pada iOS 16, terdapat lima model yang disenaraikan tidak menyokong sistem operasi tersebut iaitu iPhone 6S, iPhone 6S Plus, iPhone SE 2016, iPhone 7, dan iPhone 7 Plus. Namun, untuk iOS 17, terdapat sedikit perbezaan. 
Menurut laporan terbaru dari MacRumours, semua model yang menjalankan iOS 16 akan mendapat kemas kini iOS 17 termasuklah model yang menggunakan cip A11 Bionic iaitu iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.
Sebelum ini, terdapat laporan menyenaraikan iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus antara model yang tidak akan mendapat kemas kini iOS 17. Namun, laporan tersebut telah disangkal oleh beberapa orang pakar tiris.
Kedua-dua laporan ini secara kasarnya boleh dikatakan masih terlalu. Untuk kepastian senarai peranti yang menyokong iOS 17, kita perlu menunggu acara WWDC23 yang akan berlangsung pada 5 Jun ini.

ARTIKEL BERKAITAN