Close

iPhone 15 Pro dilaporkan akan hadir dengan butang pelbagai fungsi

Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan yang Apple bakal membawa perubahan ketara pada butang fizikal dan akan menggunakan butang solid state yang berasaskan sentuhan bersama tindak balas taptic engine seperti mana pada fungsi Touch ID pada iPhone 7.


Terbaru, terdapat laporan menyatakan yang butang fizikal pada iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max akan hadir dengan keupayaan untuk melakukan pelbagai fungsi. Menariknya, butang khas pelbagi fungsi ini boleh diprogramkan kepada fungsi lain seperti Ring/Silent, Do Not Disturb, Flashlight dan banyak lagi.

Fungsi butang khas pelbagai ini dilihat sebagai salah satu fungsi menarik dan perubahan terbesar yang pernah dilakukan oleh Apple sejak iPhone dilancarkan. Perubahan besar ini mungkin akan memberi kesan yang sama seperti mana pengenalan Dynamic Island pada iPhone 14 Pro.

Walaubagaimanapun, laporan ini masih diperingkat awal dan ia mungkin boleh berlaku atau sebaliknya. Sekiranya ia berlaku, fungsi ini hanya akan tersedia untuk iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max sahaja. Model standard akan kekal dengan fungsi butang seperti model semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN