Close

iPhone 15 Pro dilaporkan tidak akan hadir dengan butang baharu


Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan yang Apple akan menggunakan butang solid-state pada iPhone 15 Pro. Apple juga dikatakan akan menggantikan butang silent/ring kepada butang pelbagai fungsi dan butang laras suara akan digabungkan menjadi satu bahagian (naik dan turun) dengan rekaan memanjang.


Terkini, menurut pakar tiris Ming-Chi Kuo. Apple dilaporkan tidak akan menggunakan teknologi butang solid-state pada iPhone 15 Pro. Sebaliknya akan mengekalkan butang fizikal yang sama seperti model semasa. Rekaan butang baharu dan teknologi solid-state hanya akan tersedia pada iPhone menjelang tahun 2024.

Alasan Apple untuk tidak menggunakan rekaan butang baharu dan teknologi solid-state adalah untuk memudahkan proses ujian dan juga pembangunan. Dengan mengekalkan butang fizikal yang sama, ia dilihat dapat meningkatkan pengeluaran dan penghantaran besar-besaran untuk iPhone model Pro.

Kesan daripada tidak menggunakan rekaan butang baharu dan teknologi solid-state dilihat menjejaskan pendapatan pembekal komponen tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN