Close

iQOO Z7 dan Z7x akan dilancarkan di Malaysia pada 10 April ini

Selepas menawarkan iQOO 11 pada tahun lalu, yang merupakan peranti terawal yang dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2. Berbeza untuk tahun ini, iQOO bakal menawarkan dua peranti kelas pertengahan untuk pasaran tempatan yang akan dilancarkan pada 10 April ini.

Dua peranti kelas pertengahan yang akan dilancarkan adalah iQOO Z7 dan juga iQOO Z7x. Yang mana, kedua-dua peranti telahpun dilancarkan lebih awal untuk pasaran China. Tidak dapat dipastikan mengenai spesifikasi yang akan dibawakan untuk pasaran Malaysia.
Sekiranya berkongsi spesifikasi yang sama, iQOO Z7 akan dilengkapi dengan skrin 6.64-inci bersama paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 782G yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalama 256GB. Kamera utama 64MP, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 120W.
Manakalan untuk iQOO Z7x, ia hadir dengna skrin 6.64-inci bersama paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 695 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Kamera utama 50MP, bateri 6000mAh dan pengecasan pantas 80W.
Spsifikasi penuh, ketersediaan dan juga penawaran harga untuk iQOO Z7 dan juga iQOO Z7x akan diumumkan pada acara pelancarannya kelak, Sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN