Close

iQOO Z7 dan Z7x kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM999

iQOO kini sedia untuk menawarkan dua peranti baharu kelas pertengahan untuk pasaran tempatan melalui model iQOO Z7 dan juga iQOO Z7x. Kedua-dua peranti menawarkan sejumlah spesifikasi yang terkini bersama rekaan yang menarik.


iQOO Z7 hadir dengan skrin LCD bersaiz 6.64-inci FHD+ yang turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 782G yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehigga 256GB.


Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengna sensor utama 64MP OIS + 2MP bokeh dan kamera swafoto 16MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 120W.


Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti bicu audio 3.5mm, NFC, infrared, pengimbas cap jari pada butang kuasa, Bluetooh 5.2, One-Tap flash connection dan lain-lain. Peranti ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Matrix Blue dan Metalic Grey.


Manakala untuk iQOO Z7x, ia dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 6.64-inci yang turut menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 695 5G yang digabungkan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP bokeh. Untuk swafoto ia hadir dengan sensor 8MP. Bateri 6000mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 80W. Hadir dengan dua pilihan warna iaitu Tropical Blue dan Metalic Grey.

Untuk harga jualan, iQOO Z7 dijual pada harga RM1299 untuk 8GB + 128GB dan RM1499 untuk 12GB + 256GB. Sementara untuk iQOO Z7x, ia dijual pada harga RM999 untuk 8GB + 128GB dan RM1099 untuk 8GB + 256GB. Bersempena dengan pelancarannya, anda boleh membeli peranti pada harga RM939. Terdapat juga promosi untuk pelajar dengan hadiah percuma bernilai RM647 bersama harga diskaun RM919.

ARTIKEL BERKAITAN