Close

Kerajaan dilaporkan merancang untuk memperkenalan rangkaian 5G kedua


Kerajaan dilaporkan sedang merancang untuk memperkenalkan rangkaian 5G kedua di Malaysia. Yang mana, rangakaian 5G kedua ini bukan di bawah Digital Nasional Berhad (DNB), sebaliknya ia akan ditawarkan oleh pihak dengan tujuan untuk memecahkan monopoli dan meningkatkan lagi persaingan.


Berdasarkan dari laporan, rancangan untuk memperkenalkan rangkaian 5G kedua ini dijangka akan dilakukan seawal Januari 2024. Pada ketika ini, DNB adalah satu-satunya syarikat yang menawarkan infrastruktur rangkaian 5G di Malaysia.


Namun begitu, pihak kerajaan pada ketika ini masih lagi dalam fasa perbincangan dan juga penilaian mengenai perkara tersebut. Kertas cadangan pembangunan rangkaian 5G kedua ini dilapor akan dibentang di parlimen pada Rabu ini.


Dalam perkembangan terbaru rangkaian 5G di Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menyatakan yang rangkaian 5G di Malaysia kini telah meliputi 55% di kawasan berpenduduk. Kerajaan kini berada dilandasan yang betul dalam usaha untuk mencapai sasaran 80% rangkaian 5G di kawasan yang berpenduduk menjelang akhir tahun ini. 


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN