Kerajaan umum Tol Rahmah percuma selama 4 hari sempena Aidilfitri 2023 - FUZZ.MY

Tuesday, April 18, 2023

Kerajaan umum Tol Rahmah percuma selama 4 hari sempena Aidilfitri 2023


Kerajaan hari ini mengumumkan Tol Rahmah percuma selama 4 hari bersempena dengan sambutan Aidifitri 2023 yang bakal tiba tidak lama lagi.




Tol Rahmah percuma ini akan melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan, bermula pada 19 April (Rabu) 2023 sehingga 21 April (Jumaat) 2023. Selain itu, kerajaan akan turut melaksanakan tol percuma pada 24 April (Isnin) 2023.


Perlaksanaan Tol Rahmah percuma ini, dilihat akan dapat mengurangkan kos bayaran tol bagi rakyat yang akan pulang beraya ke kampung halaman.