Close

Kereta EV paling laris di Malaysia? BYD Atto 3 terjual lebih dari 1000 unit


BYD yang merupakan jenama EV baharu di Malaysia telah mencipta pencapaian yang luar biasa apabila berjaya menjual lebih dari 1000 unit selepas dilancarkan secara rasmi pada empat bulan lalu.


Pencapai tersebut diperolehi melalui model BYD Atto 3, dalam satu acara penyerahan kunci kepada pemilik ke-1000 di Malaysia. Oleh yang demikian, kami mungkin boleh menyatakan yang BYD Atto 3 adalah EV terlaris di Malaysia buat masa ini.
Di Malaysia, BYD Atto 3 hadir dalam dua pilihan varian iaitu Standard Range dengan bateri 49.92 kWj dan Extended Range dengan bateri 60.48 kWj. 

Kedua-dua model menggunakan bateri Blade EV dengan motor elektrik yang mampu menghasilkan 204 PS dan 310 Nm tork dengan 0 ke 100 km/j hanya dalam 7.3 saat. Atto 3 Standard Range mampu berjalan sehingga 345 km sementara untuk Extended Range pula ialah sekitar 420 km. 

Untuk pengecasan, Atto 3 ia menyokong pengecasan AC sehingga 7 kW dan pengecasan pantas DC sehingga 70 kW yang mampu mengecasa dari 0 ke 80% hanya dalam 45 minit sahaja.

Di Malaysia, harga jualan Atto 3 varian Standard Range adalah RM149,800, manakala untuk Extended Range pula adalah RM 167,800. Setiap pembelian didatangkan dengan waranti kilang selama enam tahun atau 150,000 km, manakala bateri Blade EV mempunyai waranti selama lapan tahun atau 160,000 km.

BYD Atto 3 telahpun dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada Disember tahun lalu dan telah menerima pesanan lebih dari 1000 unit dalam masa 10 hari.

ARTIKEL BERKAITAN