Close

Lotus Eletre 2023 dilancarkan – 3 pilihan varian dengan harga bermula dari RM578K


Lotus Cars Malaysia secara rasmi melancarkan SUV baharu berkuasa elektrik untuk pasaran tempatan melalui model Lotus Eletre. Model ini merupakan SUV pertama dari Lotus yang menggunakan elektrik sepenuhnya.


Lotus Eletre ini ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu Eletre, Eletre S dan juga Eletre R. Ketiga-tiga varian ini hadir dengan kapasiti bateri 112 kWj, mampu bergerak sejauh 600 km pada kitaran WLTP untuk model Eletre dan Eletre S. Manakala untuk Eletre R, ia mampu bergerak sejauh 490 km (WLTP). 


Menyokong dua jenis pengecsan iaitu DC dan AC, untuk pengecasan pantas DC 350kW ia mampu mengecas dari 10% ke 80% dalam masa 20 minit. Sementara untuk pengecasan AC, ia menyokong pada kadar 22 kW.


Ketiga-tiga varian ini hadir dengan rangkaian dwi-motor, AWD. Untuk model Eletre dan Eletre S, ia mampu menghasilkan 605 hp dan tork 710 Nm yang mampu memecut 0-100 km/j hanya 4.5 saat dengan kelajuan tertinggi 258km/j. 


Manakala untuk model paling berkuasa iaitu Eletre R, ia menghasilkan 905 hp dan tork 985 Nm yang mampu memecut 0-100 km/j hanya dalam 2.95 saat dengan kelajuan tertinggi 265 km/j. Menjadikan Eletre R adalah SUV dengan elektrik penuh dwi-motor terpantas di dunia.


Untuk keselamatan, pelbagai ciri ADAS dimuatkan antaranya adalah seperti sistem pemantauan pemandu, amaran perlanggaran belakang, amaran trafik lintasan belakang (RCTA), amaran trafik lintasan hadapan (FCTA), kawalan pelayaran adaptif pintar (ACC), Bantuan Lane Keep dengan amaran dan pencegahan berlepas lorong (LKA+), buta pengesanan tempat, maklumat tanda lalu lintas (TSI), bantuan tempat letak hadapan dan belakang, dan bantuan parkir.


Selain itu, model ini turut membawakan sistem intergrasi bersepadu yang menawarkan ciri seperti Predictive Routing, EV Routing dan juga EV Range Assistant. Yang mana, ciri ini boleh dikemas kini secara OTA.


Di Malaysia, Lotus Eletre dijual pada harga bermula RM578,000, meningkat kepada RM648,000 untuk Eletre S dan model paling berkuasa iaitu Eletre R dijual pada harga RM798,000. Setiap pembelian akan mendapat jaminan pengeluar selama lima tahun atau 100,000 km dan jaminan bateri selama lapan tahun atau 200,000 km.

ARTIKEL BERKAITAN