Close

Masalah skrin iPhone 13 Pro Max yang masih tidak selesai – Paparan bertukar jadi putih sepenuhnya

Jika anda mengikuti permasalahan yang berlaku sejak iOS 16 dilepaskan buat pengguna pada September 2022, pasti anda sedia maklum tentang isu skrin yang dihadapi sebilangan pengguna iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max khususnya.

Apa yang terjadi, paparan skrin secara tiba-tiba bertukar menjadi warna putih atau hijau sepenuhnya tanpa sebarang jatuh atau masuk air. Permasalahan ni digelar sebagai White Screen of Death (WSOD). iPhone masih ada bunyi, tapi hanya paparkan warna putih saja pada skrin.

Ramai pengguna mula laporkan isu ni sejak kemas kini iOS 16 yang dilepaskan secara rasmi pada September 2022. Awalnya kami merasakan ia hanya isu terpencil, tapi hari demi hari ramai pengguna yang kongsikan permasalahan yang sama di group Facebook Malaysian iPhone User.

Sehingga hari ini, masih juga ada pengguna yang hadapi isu yang sama.

Malah, iPhone 13 Pro Max yang kami sedang gunakan juga hadapi isu yang sama. Peliknya, ia berlaku secara tiba-tiba. Sejujurnya kami kecewa dengan kualiti skrin yang Apple gunakan pada iPhone 13 Pro Max. Ini juga kali pertama kami hadapi isu seperti ini pada iPhone yang kami gunakan sendiri.

Terdapat pengguna yang kongsikan bahawa isu ini boleh diselesaikan dengan penukaran skrin melalui Apple Authorized Service Provider (AASP) seperti Switch dan lain-lain lagi. Jika masih dalam jaminan waranti, boleh terus pergi buat tuntutan (claim).

Namun jika sudah habis waranti, terdapat juga cara untuk buat tuntutan pada pihak Apple Malaysia dengan cara hubungi Apple untuk menjelaskan isu tersebut, pihak Apple akan sarankan untuk pergi ke AASP terdekat, buat pemeriksaan, mungkin kena buat sedikit pembayaran sekitar RM100 dan jika tiada apa-apa, boleh buat tuntutan penukaran skrin secara percuma.

Ia mungkin dapat selesaikan masalah ini, tapi pihak Apple juga harus lakukan Apple Service Programmes untuk perakui masalah ini, buat program panggil semula atau mudahkan proses penukaran skrin percuma tanpa perlu susah-susah buat panggilan. 

ARTIKEL BERKAITAN