Antara bank yang menyediakan ATM khusus untuk penukaran duit raya adalah Maybank dan Ambank. Untuk Maybank, ia membenarkan pengguna untuk menukar duit raya RM10 dan RM50. Sementara Ambank, hannya membenarkan penukaran RM10 sahaja. Walaubagaimanapun, penukaran duit raya hanya dihadkan kepada RM300 untuk setiap transaksi.
Dalam masa yang sama, Maybank turut memberikan alternatif lain untuk pemberian duit raya dengan menggunakan aplikasi MAE melalui penghantaran e-Duit Raya.