Close

Maybank dan Ambank sediakan ATM khas untuk tukar duit raya

Bersempena dengan ketibaan hari raya aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. Terdapat beberapa bank yang menyediakan ATM khusus untuk memudahkan pengguna untuk menukar duit raya dengan lebih mudah dan pantas.

Antara bank yang menyediakan ATM khusus untuk penukaran duit raya adalah Maybank dan Ambank. Untuk Maybank, ia membenarkan pengguna untuk menukar duit raya RM10 dan RM50. Sementara Ambank, hannya membenarkan penukaran RM10 sahaja. Walaubagaimanapun, penukaran duit raya hanya dihadkan kepada RM300 untuk setiap transaksi.
Dalam masa yang sama, Maybank turut memberikan alternatif lain untuk pemberian duit raya dengan menggunakan aplikasi MAE melalui penghantaran e-Duit Raya.
Untuk maklumat lanjut mengenai ATM Raya. Anda boleh melayari laman web rasmi Maybank dan Ambank.

ARTIKEL BERKAITAN