Close

Meta memberhentikan 4000 lagi pekerja

Pada tahun lalu, Meta telahpun memberhentikan lebih dari 11,000 pekerja mereka. Tindakan tersebut di ambil bagi menjadikan syarikat mereka lebih efiisien untuk tahun mendatang.

Dan pada minggu ini, Meta telahpun membuang 4000 lagi pekerja mereka. Yang mana, 4000 jawatan yang diberhentikan adalah berkait rapat dalam bahagian teknikal seperti pengaturcaraan, kejuruteraan perisian, pengalaman pengguna, pengaturacaraan grafik dan lain-lain. 

Untuk proses pengurangan tenaga kerja seterusnya, Meta dijangka akan memberhentikan sejumlah pekerja pada bahagian perniagaan yang akan bermula sekitar Mei 2023. Mark Zuckerberg menyifatkan tahun 2023 adalah tahun kecekapan dan menyasarkan 10,000 pekerja akan diberhentikan pada tahun ini.

Dengan kemelesetan ekonomi yang sedang melanda, perubahan hala tuju dan juga kerugian yang dicatatkan oleh Meta menjadikan ia sebagai sebab utama pengurangan tenaga pekerja terpaksa dilakukan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN