Close

Motorola Edge 40 Pro diumumkan – Snapdragon 8 Gen 2, paparan 165Hz dan pengecasan pantas 125W

Motorola secara rasmi mengumumkan peranti premium baharu mereka iaitu Motorola Edge 40 Pro. Melaluinya ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik dari model sebelumnya.

Untuk spesifikasi, Motorola Edge 40 Pro hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.67-inci yang menyokong paparan 165Hz dan juga kandungan HDR10+. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman 256GB UFS 4.0.

Dari segi fotografi, Motorola Edge 40 Pro dilengkapi dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP OIS + 50MP sudut lebar + 12MP telefoto. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 60MP. Kapasiti bateri 4600mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 125W dan 15W tanpa wayar.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP68, pembesar stereo Dolby Atmos, pengimbas cap jari dibawah skrin, pelindung Corning Gorill Glass Victus dan lain-lain. Motorola menjanjikan kemas kini Android selama tiga tahun dan kemas kini selama empat tahun untuk Motorola Edge 40 Pro.

Motorola Edge 40 Pro dijual pada harga sekitar €899.99 (RM4334), ditawarkan dalam dua pilihan warna Interstrella Black dan Lunar Blue.

ARTIKEL BERKAITAN