Close

NETA V – EV mampu milik dengan harga sekitar RM70K akan masuk Malaysia

Berita baik buat peminat EV di Malaysia yang menantikan sebuah kereta elektrik yang lebih mampu milik, terdapat jenama EV dari China yang akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi iaitu NETA V yang sudahpun mempunyai laman sesawang rasmi NETA Auto Malaysia.

Jika lihat pada harga yang ditawarkan di pasaran Thailand, ia dijual dengan harga 549,000 bhat (~RM70K) yang sememangnya lebih mampu milik berbanding model EV lain yang terdapat di pasaran Malaysia sekarang.

NETA V akan diedarkan oleh Intro Synergy, firma yang sama membawa masuk kenderaan GWM di Malaysia. Dengan kerjasama antara Intro Synergy dan Hozon juga, RM300 juta akan digunakan untuk membangunkan fasiliti pemasangan dan pembuataan kenderaan tenaga baru, rangkaian jualan dan pusat servis lepas jualan.

Merujuk pada laman sesawang, NETA V telah dibuka untuk tempahan secara dalam talian (Online). Jika anda ingin lihat secara berdepan, boleh hadiri acara Malaysia Autoshow 2023 yang akan berlangsung pada 4 hingga 7 Mei ini bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Berikut spesifikasi ringkas untuk NETA V :

  • Bateri 38.5 kWh
  • Motor depan tunggal 
  • Kuasa 94 hp (70 kW)
  • 150 Nm Torque
  • Had kelajuan 101 km/j
  • Jarak pemanduan 384 km
  • Pengecasan DC 100 kW
  • Pengecasan AC 6.6 kW
  • Skrin sesentuh 14.6-inci (Potret)
  • Rim 16-inci
  • Lampu belakang LED
  • Keyless Entry
  • Cruise Control
  • Tiada ADAS
  • Electronic Parking Brake
  • Kamera undur belakang
  • 6 Pembesar Suara
  • 2 Airbag

ARTIKEL BERKAITAN