Close

OnePlus 45W Liquid Cooler kini ditawarkan di China


Pada acara MWC yang berlangsung pada bulan lalu, OnePlus telahpun memperlihatkan sistem penyejukan yang paling unik yang dikenali sebagai OnePlus 45W Liquid Cooler. Peranti turut diperlihatkan dengan OnePlus 11 Concept pada acara tersebut.


Terbaru, OnePlus 45W Liquid Cooler yang disangka sebuah peranti konsep ini telahpun mula dijual di pasaran China. Sistem penyejukan ini merupakan sistem penyejukan yang berasaskan semikonduktor dengan System Electric Thermo (TEC).


Perbezaan sistem penyejukan ini dari yang lain adalah, bahagian paling sejuk bukanlah pada klip sebaliknya, pada kotak bekalan kuasa 45W yang disambungkan dengan paip yang membekalkan cecair penyejukan.



Sistem penyejukan ini mampu mengurangkan suhu sehingga 20ºC. Selain itu, sistem penyejukan ini juga boleh dilaras melalui butang kawalan yang terletak pada kotak bekalan kuasa 45W. OnePlus 45W Liquid Cooler ini boleh digunakan pada semua peranti tidak hanya terhad kepada peranti OnePlus sahaja. Di China, OnePlus 45W Liquid Cooler ini dijual pada harga CNY499 (RM322).


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN