Close

OnePlus Nord CE 3 Lite kini rasmi di Malaysia dengan harga RM1099

OnePlus kini sedia untuk menawarkan peranti kelas pertengahan baharu di bawah siri Nord. Menawarkan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan reka bentuk yang lebih baik.

Untuk spesifikasi, OnePlus Nord CE 3 Lite dilengkapi dengan skrin 6.72-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 695 5G yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 2.2.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 2MP makro + 2MP kedalaman. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP. Bateri 5000mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 67W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pembesar suara jenis stereo, bicu audio 3.5mm, NFC dan menjalankan Oxygen OS 13.1 berasaskan Android 13.

Di Malaysia, OnePlus Nord CE 3 Lite ditawarkan dengan harga RM1099 untuk 8GB + 256GB. Bagi yang berminat, OnePlus Nord CE 3 Lite akan mula dijual pada 11 April 2023.

ARTIKEL BERKAITAN