Close

Oppo Find X6 Pro adalah peranti dengan kamera terbaik menurut DxOmark

Oppo Find X6 Pro yang baharu sahaja dilancarkan adalah peranti dengan kamera terbaik menurut DxOmark, apabila menduduki tempat pertama dalam carta DxOmark dengan markah 153, menewaskan Honor Magic5 Pro dengan markah 152.


Ujian yang dilakukan oleh DxOMark terbahagi kepada lima bahagian iaitu Foto, Zum, Bokeh, video, dan preview. Untuk foto, Oppo Find X6 Pro memperolehi markah 153, zum 154, bokeh 80, video 148 dan preview 72, menjadikan markah keseluruhan adalah 153, dibezakan satu markah di tempat kedua.



Menurut DxOmark, kekurangan yang ada pada Oppo Find X6 Pro adalah pada tona warna kulit yang kerap oversaturated dan juga ketiadaan imej preview untuk HDR.


Oppo Find X6 Pro hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1-inci IMX989 OIS + 50MP telefoto dengan zum hybrid sehingga 6x + 50MP ultra lebar / makro dengan kemampuan merakam imej pada jarak 4cm. Keupayaan kamera ini ditala dengan penjenamaan Hasselblad dan juga cip Marisilicon X. 


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN