Close

Pandangan awal Samsung Galaxy A34 5G – Apa yang menarik?


Samsung buat masa ini sedia menawarkan siri baru Galaxy A yang merupakan peranti kelas pertengahan premium. Hadir dengan dua pilihan varian iaitu Galaxy A34 5G dan Galaxy A54 5G. Siri Galaxy A kali ini menjanjikan sejumlah peningkatan spesifikasi, reka bentuk dan teknologi yang lebih baik dari sebelumnya.



Dari segi rekaan, Samsung membawakan perubahan yang agak ketara pada Samsung Galaxy A34 5G dengan membawakan sentuhan siri Samsung Galaxy S23. Ia sekaligus menjadi Samsung Galaxy A34 5G kelihatan premium dan juga minimalis. Selain itu, ia juga tampil dengan empat pilihan warna yang menarik iaitu Awesome Lime, Awesome Silver, Awesome Violet dan Awesome Graphite. 

Secara keseluruhan, rekaan yang dibawakan pada Samsung Galaxy A34 5G adalah sangat minimalis. Ditambah dengan rekaan Floating Camera ia menjadikan peranti ini lebih menyerlah pada bahagian panel belakang. Perbezaan ketara Samsung Galaxy A34 5G dan peranti kelas pertengahan lain adalah ia mempunyai penarafan IP67.


Samsung Galaxy A34 5G dilengkapi dengan skrin Super AMOLED bersaiz 6.6-inci FHD yang turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 1000 nits. Tiada perubahan dari segi skrin, yang mana masih lagi mengekalkan rekaan yang sama dengan bingkai yang agak tebal dan rekaan skrin jenis waterdrop.


Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy A34 5G dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 1080 yang dibina dengan teknologi binaan 6nm. Percubaan ringkas kami, tiada sebarang masalah prestasi yang dihadapi kesemua aplikasi dapat dijalankan dengan lancar. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 25W.

Selain rekaan, Samsung Galaxy A34 5G turut tampil dengan kamera yang dipertingkat, menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP OIS + 8MP ultra lebar + 5MP makro. Sementara untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 13MP. Mampu merakam dengan resolusi UHD 4K pada 30 fps dan slow motion pada 480fps. Fungsi menarik yang dibawakan adalah seperti sokongan Wi-Fi 6, Vision Booster, sokongan memori kad sehingga 1TB, Bluetooth 5.3 dan lain-lain.

ARTIKEL BERKAITAN