Close

PM umum Kadar Khas Bayaran RM50 untuk saman yang dikeluarkan pada tahun 2022 dan sebelumnya


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Kadar Khas Bayaran RM50 untuk semua saman yang dikeluarkan oleh PDRM pada tahun 2022 dan sebelumnya.


Kadar Khas Bayaran RM50 ini akan dilaksanakan bermula dari 21 April sehingga 21 Mei 2023. Namun harus diingatkan, Kadar Bayaran Khas tidak tersedia untuk kesalahan atau saman yang dikeluarkan pada tahun 2023.


Dalam masa yang sama, Perdana Menteri turut menyatakan PDRM bakal melaksanakan Op Lancar pada 18 dan 19 April 2023, memfokuskan kepada laluan yang dijangka akan mengalami kesesakan. Selain itu, Op Selamat 20 akan turut dilaksanakan bermula 20 April selama 7 hari dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN