Close

Poco F5 disahkan hadir dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2

Ungkapan “baik beli Poco” mungkin tidak lagi akan kedengaran, berikutan Poco tidak lagi menawarkan spesifikasi premium seperti model sebelumnya. Sebaliknya akan menawarkan peranti kelas pertengahan premium pada Poco F5 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Berdasarkan dari perincian yang dikongsi melalui penanda aras GeekBench, mendedahkan yang Poco F5 akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2. Menurut Qualcomm, cip ini menawarkan 50% peningkatan prestasi, 13% kecekapan kuasa dan 2x peningkatan AI, WiFi 6, dan menggunakan teknologi binaan 4nm.

Seperti yang kita tahu, peranti Redmi akan dijenamakan semula sebagai Poco untuk pasaran global. Mengikut maklumat, Redmi Note 12 Turbo berkemungkinan adalah Poco F5. Sekiranya tepat, Poco F5 akan hadir dengan skrin AMOLED 6.67-inci, kamera utama 64MP, bateri 5000mAh, pengecasan pantas 67W dan menjalankan MIUI 14 berasaskan Android 13.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran untuk Poco F5. Dan tidak dapat dipastikan adakah peranti ini akan ditawarkan di Malaysia atau sebaliknya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN