Close

Poco menjadualkan acara pelancaran Poco F5 dan F5 Pro pada 9 Mei ini

Poco secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk dua peranti baharu mereka iaitu Poco F5 dan Poco F5 Pro yang akan berlangsung pada 9 Mei ini secara global. Kedua-dua peranti ini dijangka akan membawakan peningkatan spesifikasi dan reka bentuk yang lebih baik.

Buat masa ini, tidak banyak maklumat mengenai spesifikasi yang didedahkan. Untuk Poco F5, ia telahpun disahkan akan hadir dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2. Berkemungkinan akan hadir dengan skrin AMOLED 6.67-inci, kamera utama 64MP, bateri 5000mAh, pengecasan pantas 67W dan menjalankan MIUI 14 berasaskan Android 13.


Sementara untuk Poco F5 Pro, ia dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, skrin 6.67-inci 120Hz, kamera utama 64MP, bateri 5160mAh dan pengimbas cap jari di bawah skrin.


Namun begitu, spesifikasi yang lebih tepat untuk kedua-dua peranti hanya akan diketahui pada hari pelancarannya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN