Close

Kenderaan elektrik dari Proton dijangka akan tiba seawal 2025

Proton Holdings Bhd, melalui Timbalan CEO mereka, menyatakan yang Proton akan memperkenalkan kenderaan elektrik lebih awal kepada pengguna di Malaysia iaitu pada tahun 2025. 

Perancangan awal yang sepatutnya pada tahun 2027 itu telah dipercepatkan kepada 2 tahun lebih awal berikutan dari saranan oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Sehubungan dengan itu, Proton ketika ini dikatakan sedang menilai dan mengenal pasti model kenderaan elektrik yang bersesuaian, lebih mampu milik dan pratikal. Dalam usaha untuk mempercepatkan projek ini, Proton telah bekerjasama dengan Geely.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN