Close

Rangkaian 5G di Malaysia kini meliputi 55% kawasan berpenduduk

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menyatakan yang rangkaian 5G di Malaysia kini telah meliputi 55% di kawasan berpenduduk. Jumlah tersebut dikatakan telah dicapai pada penghujung Mac 2023 yang lepas.

Dengan perkembangan tersebut, ia menunjukkan yang kerajaan kini berada dilandasan yang betul dalam usaha untuk mencapai sasaran 80% rangkaian 5G di kawasan yang berpenduduk menjelang akhir tahun ini. 

Dalam usaha untuk mencapai sasaran tersebut, kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi, mempertimbangkan beberapa idea untuk mempercepatkan proses tersebut. Dalam masa yang sama, KKD akan bertemu dengan pihak kerajaan pada minggu ini untuk menentukan hala tuju pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.

Pada ketika ini, kebanyakkan penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia telahpun menyediakan perkhidmatan rangkaian 5G pada pelan mereka. Adakah anda telah mencubanya?

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN