Close

realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola akan tiba di Malaysia – Ditawarkan dalam jumlah yang sangat terhad


realme telahpun melancarkan telefon pintar edisi terhad dengan kolabrasi syarikat minuman gergasi Coca-Cola. Peranti tesebut adalah realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola, tampil dengan reka bentuk dan aksesori yang bertemakan Coca-Cola.


Seperti namanya, realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola ini hanya ditawarkan dalam kuantiti yang sangat terhad iaitu 6000 unit di seluruh dunia. Menjadikan peranti ini lebih terhad ia hanya ditawarkan di 4 buah negara sahaja dengan Malaysia adalah salah satu negara yang akan menawarkan peranti edisi terhad ini.


Selain tampil dengan reka bentuk yang bertemakan Coca-Cola, telefon edisi terhad ini turut hadir dengan pelbagai aksesori menarik di dalam kotak. Antaranya seperti pelekat Coca-Cola, maskot realmeow dalam tema Coca-Cola , pin sim ejector dalam bentuk penutup botol dan juga kad dengan nombor unik 0001 hingga 6000.


realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 695 5G yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Kamera utama 108MP, bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W. Menjalankan sistem operasi realme UI 4.0 yang bertemakan Coca-Cola.


Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang dikongsi mengenai ketersediaan dan juga penawaran harga untuk pasaran Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN