Close

realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola akan ditiba di Malaysia pada 12 April ini


Berita gembira untuk peminat Coca-Cola, realme secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola pada 12 April ini di Malaysia. Yang mana, peranti ini tampil dengan reka bentuk dan aksesori yang bertemakan Coca-Cola.


Seperti namanya, realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola ini hanya ditawarkan dalam kuantiti yang sangat terhad iaitu 6000 unit di seluruh dunia. Menjadikan peranti ini lebih terhad ia hanya ditawarkan di 5 buah negara sahaja dengan Malaysia adalah salah satu negara yang akan menawarkan peranti edisi terhad ini.


Selain tampil dengan reka bentuk yang bertemakan Coca-Cola, telefon edisi terhad ini turut hadir dengan pelbagai aksesori menarik di dalam kotak. Antaranya seperti pelekat Coca-Cola, maskot realmeow dalam tema Coca-Cola , pin sim ejector dalam bentuk penutup botol dan juga kad dengan nombor unik 0001 hingga 6000.


Namun begitu, realme Malaysia buat masa ini tidak mendedahkan jumlah unit yang akan ditawarkan dan juga penawaran harga untuk pasaran Malaysia. Semua maklumat tersebut akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN