Close

realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM1399


Telefon pintar edisi terhad dengan kolabrasi syarikat minuman gergasi Coca-Cola akhirnya tiba untuk pasaran tempatan. Peranti tesebut adalah realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola, tampil dengan reka bentuk dan aksesori yang bertemakan Coca-Cola.


Secara asasnya, realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola adalah sama seperti model standard. Hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 695 5G yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Kamera utama 108MP, bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W. Menjalankan sistem operasi realme UI 4.0 yang bertemakan Coca-Cola.


Selain tampil dengan reka bentuk yang bertemakan Coca-Cola, telefon edisi terhad ini turut hadir dengan pelbagai aksesori menarik di dalam kotak. Antaranya seperti pelekat Coca-Cola, maskot realmeow dalam tema Coca-Cola , pin sim ejector dalam bentuk penutup botol dan juga kad dengan nombor unik 0001 hingga 6000.


Di Malaysia, realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola dijual pada harga RM1399 iaitu RM100 lebih mahal dari model standard. Peranti hanya ditawarkan di 5 buah negara sahaja dengan Malaysia adalah salah satu negara yang menawarkan peranti edisi terhad ini.

ARTIKEL BERKAITAN