Close

realme GT Neo5 SE dilancarkan – Snapdragon 7+ Gen 2, pengecasan 100W dan kamera 64MP

realme secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu mereka iaitu realme GT Neo5 SE di China. Peranti ini membawakan sejumlah peningkatan spesifikasi seperti dijana cip Snapdragon 7+ Gen 2, pengecasan pantas 100W dan reka bentuk yang lebih menarik.

Dari segi spesifikasi, realme GT Neo5 SE dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.74-inci dengan paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7+ Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16 dan storan dalam sehingga 1TB. Bateri 5500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 100W. 

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 8MP sudut lebar + 2MP mikroskop. Manakala swafoto, ia hadir dengan sensor 16MP. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pembesar suara jenis stero, NFC, Bluetooth 5.3, pengimbas cap jari dibawah skrin dan menjalankan realme UI 4.0 yang berasaskan Android 13.

Di China, realme GT Neo5 SE dijual pada harga bermula dari CNY2,099 (RM1345) untuk 8GB + 256GB dan meningkat kepada CNY2,799 (RM1798) untuk 16GB + 1TB. Ditawarkan dengan dua piilihan warna Black dan Blue.

ARTIKEL BERKAITAN