Close

Redmi 12C menerima diskaun RM100 – Boleh dibeli dengan harga RM499

Redmi 12C kini menerima potongan diskaun kekal sebanyak RM100 untuk kedua-dua varian. Ketika peranti ini dilancarkan, ia dijual pada harga RM599 untuk 4GB + 128GB dan RM699 untuk 6GB + 128GB. 

Harga baharu untuk kedua-dua varian itu kini adalah harga RM499 untuk 4GB + 128GB dan RM599 untuk 6GB + 128GB.

Redmi 12C adalah peranti kelas permulaan membawakan peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik dari model sebelumnya. Dari segi spesifikasi, dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G85 yang dipadankan dengan 6GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 128GB eMMC 5.1. Hadir dengan skrin bersaiz 6.71-inci resolusi HD+.


Hadir dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP dan swafoto 5MP. Untuk rakaman video, ia menyokong resolusi sehingga 1080p 30fps. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang dipadankan dengan pengecasan 10W jenis mikro-USB.

Menariknya lagi adalah, setiap pembelian akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM39 yang berupa  Mi In-Ear Headphones Basic. Bagi yang berminat, ia kini tersedia stor rasmi Xiaomi Lazada dan Shopee.

ARTIKEL BERKAITAN