Close

Rekaan Vivo X Fold2 tertiris sebelum pelancaran

Peranti yang akan dilancarkan oleh Vivo tidak lama lagi dilaporkan telah tertiris. Peranti yang dimaksudkan adalah Vivo X Fold2, yang mana rekaan peranti tersebut telahpun diperlihatkan lebih awal pada Forum Boao untuk Asia (BFA) 2023.

Pada acara tersebut, Naib Presiden Eksekutif Vivo, Hu Baishan dan Setiausaha Agung Forum Boao, Li Baodong dilihat memegang peranti tersebut sekaligus memberikan gambaran penuh rekaan Vivo X Fold2.

Vivo X Fold2 dilihat tampil dengan pilihan warna merah bersama rekaan kamera berbentuk bulat seperti siri X90 dengan tetapan tri-kamera belakang dengan penjenaam Zeiss dan juga terdapat satu lampu LED.
Jangkaan spesifikasi yang akan dibawakan pada Vivo X Fold2 adalah seperti dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, skrin E6 AMOLED, paparan 120Hz, resolusi 1440p dan dua pengimbas cap jari yang diletakkan pada skrin luar dan skrin dalam.
Dari segi tetapan kamera, ia berkemungkinan akan menggunakan tetapan kamera yang sama seperti Vivo X90 dengan sensor utama 50MP  IMX866 + 12MP IMX663 + 12MP IMX663. Terdapat laporan menyatakan yang Vivo X Fold2 akan hadir dengan rekaan yang lebih baik serta lebih ringan dan lebih nipis dari model sebelumnya.
Semua maklumat mengenai spesifikasi dan juga reka bentuk yang akan dibawakan pada Vivo X Fold2 akan dikongsi pada acara pelancarannya kelak. Sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN