Close

Rekaan Xiaomi 13 Ultra diperlihatkan secara rasmi sebelum pelancarannya


Xiaomi secara rasmi memperlihatkan rekaan Xiaomi 13 Ultra sebelum pelancarannya yang akan berlangsung hari ini. Berdasarkan dari rekaan yang dikongsi mengesahkan beberapa maklumat mengenai Xiaomi 13 Ultra yang tertiris sebelum ini.

Berdasarkan dari imej rasmi tersebut, memperlihatkan Xiaomi 13 Ultra akan hadir dengan bingkai dari logam aluminium dengan kemasan seperti leather pada panel belakang dengan pilihan warna Putih dan Hijau.
Tampil dengan rekaan kamera jenis bulat yang tebal dan besar dengan kemasan berwarna emas pada keliling kamera bagi menampakkan peranti ini lebih premium. Dilengkapi dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1″ IMX989 yang dipadankan dengan 3x 50MP IMX858. Sensor ini mempunyai keupayaan boleh-ubah dengan sokongan bukaan lensa f/1.4 ke f/1.9.
Xiaomi turut berkongsi beberapa maklumat mengenai spesifikasi paparan, menggunakan panel C7 LTPO OLED yang dibangunkan oleh Xiaomi dan China Star. Paparan ini turut menyokong kecerahan puncak sehingga 2600 nits dengan resolusi 1440x3200p.

ARTIKEL BERKAITAN