Close

Asus ROG Ally disahkan akan ditawarkan secara global


Asus sebelum ini telahpun mengumumkan ROG Ally yang dikatakan sebagai pesaing kepada Steam Deck. ROG Ally membawakan rekaan lebih kurang sama seperti Steam Deck, menggunakan kipas penyejukan yang lebih senyap melalui ROG intelligent Cooling dan menawarkan prestasi dua kali ganda lebih berkuasa dari Steam Deck.

The ROG Ally is set to release worldwide (and it may be sooner than you expect⏱)

If you’re in North America, sign up for notifications here👇https://t.co/ljc2GNN0UU#ROG #ROGALLY #playALLYourgames pic.twitter.com/G8i594xfyP

— ROG Global (@ASUS_ROG) April 14, 2023

Terbaru, Asus mengesahkan yang pencabar kepada Steam Deck iaitu ROG Ally akan dilancarkan secara global dan menariknya peranti ini dijangka akan dilancarkan lebih awal dari jangkaan.


Walaubagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang digunakan pada ROG Ally dan tarikh pelancarannya. Namun, menurut laporan awal ROG Ally dijangka hadir dengan skrin FHD yang menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip APU yang tersuai hasil kerjasama AMD dan Asus.



Menjalankan sistem operasi Windows 11 yang turut menyokong sambungan ROG XG Mobile eGPU yang membolehkan ia disambungkan kepada televisyen untuk bermain sewaktu ROG Ally dicas.

ARTIKEL BERKAITAN