Close

Samsung Galaxy A24 dilancarkan – MediaTek Helio G99, paparan 90Hz dan kamera 50MP OIS

Samsung kini sedia menawarkan satu lagi pilihan dalam barisan siri Samsung Galaxy A melalui Galaxy A24. Peranti ini membawakan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan reka bentuk yang lebih baik.

Samsung Galaxy A24 hadir dengan skrin Super AMOLED bersaiz 6.3-inci FHD+ yang turut menyokong paparan 90Hz. Dikuasan dengan cip MediaTek Helio G99 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB, turut menyokong mikroSD sehingga 1TB. Bateri 5000mAh dimuatkan dengan pengecasan pantas 25W.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 5MP ultralebar + 2MP makro. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 13MP. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.3, NFC dan por pengecasan USB C.

Samsung Galaxy A24 ini ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu burgundy, green, silver dan juga black. Untuk harga jualan, buat masa ini tidak didedahkan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN