Close

Samsung Galaxy S24 Ultra mungkin hadir dengan teknologi bateri dari kenderaan elektrik

Samsung semestinya akan menjanjikan teknologi yang lebih maju dan terkini akan digunakan pada peranti mercu mereka iaitu Samsung Galaxy S24 Ultra. Berikutan dari itu, beberapa laporan awal mengenai spesifikasi telahpun tertiris.

Menurut laporan, Samsung dijangka akan membawakan teknologi bateri bertindan (stacked) pada Samsung Galaxy S24 Ultra. Yang mana, teknologi bateri tersebut telahpun digunakan pada kenderaan elektrik pada ketika ini.

Melalui teknologi ini, ia membolehkan kapasiti bateri ditambah dalam masa yang sama masih menggunakan saiz bateri yang sama. Selain itu, teknologi ini juga membolehkan kapasiti bateri yang sama dimuatkan dalam sel bateri yang lebih kecil. Yang akan memberikan lebih banyak ruang untuk memuatkan komponen sekaligus menjadikan telefon lebih kompak.

Pada ketika ini, Samsung SDI dikatakan sedang melakukan penyelidikan dan pembangunan untuk membawakan teknologi bateri bertindan kepada telefon pintar. Sekiranya berjaya, kita mungkin akan melihat perubahan teknologi bateri bakal tiba tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN