Close

Samsung Galaxy Z Fold5 dan Flip5 dilaporkan kekal dengan pengecasan 25W

Samsung Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip antara model yang popular dalam segmen peranti boleh lipat. Kedua-dua model ini akan memasuki pengeluaran generasi ke-5 yang dijangka akan dilancarkan pada tahun ini.

Terbaru, terdapat laporan menyatakan yang Samsung Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 akan kekal dengan pengecasan 25W. Laporan tersebut dikongsi melalui penyeneraian peranti tersebut di 3C dengan kod model Galaxy Z Fold5 (SM-F9460) dan Z Flip5 (SM-F7310).

Penyenaraian tersebut mendedahkan yang kedua-dua model akan kekal dengan pengecasan yang sama seperti model sebelumnya. Tidak seperti kebanyakan model dalam segmen yang sama, menawarkan pengecasan yang lebih pantas.

Samsung Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan rekaan engsel baharu yang dapat menyembunyikan lipatan skrin dengan lebih baik. Selain itu, Samsung Galaxy Z Flip5 akan menawarkan skrin luar yang lebih besar.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN