Acara pelancaran Galaxy Unpacked ini dijangka akan berlangsung lebih awal daripada pelancaran persaing dalam segmen yang sama iaitu Oppo melalui Find N2 Flip dan Google melalui Pixel Fold yang dijangka akan dilancarkan sekitar Ogos.
Pada acara tersebut, Samsung dijangka akan turut melancarkan beberapa peranti lain seperti Galaxy Watch6 dan Galaxy Tab S9. Walaubagaimanapun, Samsung pada ketika ini belum lagi memberikan sebarang gambaran mengenai tarikh pelancaran peranti tersebut.
Segmen peranti boleh-lipat kini dilihat semakin berkembang dengan kebanyakan pengeluar telah mula melancarkan peranti boleh-lipat mereka. Di Malaysia, peranti boleh-lipat kini semakin menjadi pilihan berikutan pengguna kini mempunyai lebih banyak pilihan dalam segmen tersebut.