Close

Siri Asus ROG Phone 7 akan tiba di Malaysia pada 10 Mei ini

Siri Asus ROG Phone 7 yang baharu sahaja dilancarkan pada beberapa hari lalu secara global kini sedia untuk ditawarkan di pasaran tempatan. Siri Asus ROG Phone 7 ini hadir dalam dua pilihan varian iaitu Asus ROG Phone 7 dan Asus ROG Phone 7 Ultimate. 


Bercakap mengenai ketibaannya di Malaysia, Asus Malaysia telahpun menjadualkan acara pelancarannya yang akan berlangsung pada 10 Mei ini. 


Siri Asus ROG Phone 7 membawakan sejumlah peningkatan spesifikasi, sistem penyejukkan yang lebih baik dan juga kemampuan kamera yang lebih versatil. Dari segi spesifikasi, kedua-dua peranti berkongsi spesifikasi yang hampir sama, dibezakan dengan rekaan pada bahagian kipas yang mempunyai lubang udara terbuka untuk membantu sistem penyejukkan pada Asus ROG Phone 7 Ultimate.


Hadir dengan skrin 6.78-inci dengan Corning Gorilla Glass Victus yang turut menyokong paparan 165Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, RAM sehingga 16GB LPDDR5X, storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0, bateri 6000mAh dan pengecasan pantas 65W.



Kita hanya akan mengetahui maklumat seperti harga jualan, spesifikasi, model dan ketersediaan pada 10 Mei ini. Sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN