Close

Siri Honor Magic5 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula dari RM3499

Honor secara rasmi melancarkan peranti premium baharu mereka iaitu siri Honor Magic5 untuk pasaran tempatan. Tampil dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi, kamera dan juga reka bentuk yang lebih baik.


Honor Magic5 Pro


Honor Magic5 Pro dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadan dengan RAM 12GB LPDDR5X dan storan dalaman 512GB UFS 4.0. Untuk paparan, ia hadir dengan skrin LTPO jenis lengkung OLED bersaiz 6.81-inci dengan paparan 120Hz. 

HNR

Dari segi fotografi, Honor Magic5 Pro membawakan tetapan tri-kamera belakang dengan rekaan bulat. Kamera utama hadir dengan 50MP + 50MP ultra sudut lebar + 50MP telefoto. Untuk swafoto ia tampil dengan sensor 12MP. Keupayaan kamera pada peranti ini ditala dengan Falcon Camera System untuk hasil imej yang lebih baik.

HMER

Untuk kapasiti bateri, Honor Magic5 Pro dimuatkan dengan bateri sebesar 5100mAh yang turut menyokong pengecasan pantas Honor Supercharge 66W berwayar dan 50W tanpa wayar. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pembesar suara jenis stereo, NFC, Bluetooth 5.1 dan pengimbas cap jari di bawah skrin.

Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pembesar suara jenis stereo, NFC, Bluetooth 5.1 dan pengimbas cap jari di bawah skrin.Untuk harga jualan, Honor Magic5 Pro dijual pada harga RM 4599 untuk 12GB + 512GB.
Bagi yang berminat, pra-tempahan dibuka bermula hari ini 6 April dan jualan pertama pada 28 April. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM1200.
Honor Magic5


Untuk Honor Magic5, ia dilengkapi dengan skrin 6.71-inci LTPO dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0.


Dari segi fotografi, ia tampil dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utam 50MP + 54MP ultra lebar + 32MP telefoto. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 12MP.  Keupayaan kamera pada peranti ini ditala dengan Falcon Camera System untuk hasil imej yang lebih baik.
Bateri 5100mAh dimuatkan yang turut menyokong pengecasan pantas 66W. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pembesar suara jenis stereo, NFC, Bluetooth 5.1 dan pengimbas cap jari di bawah skrin.
Untuk harga jualan, Honor Magic5 dijual pada harga RM3499 untuk 12GB + 256GB. Bagi yang berminat, pra-tempahan dibuka bermula hari ini 6 April dan jualan pertama pada 28 April. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM700.

ARTIKEL BERKAITAN