Close

Siri Huawei Nova 11 dilancarkan – Snapdragon 778G 4G, Kunlun glass dan komunikasi satelit dua hala

Huawei secara rasmi melancarkan siri Huawei Nova 11 di China. Hadir dengan tiga pilihan varian iaitu Huawei Nova 11, Huawei Nova 11 Pro dan Huawei Nova 11 Ultra. Ini adalah kali pertama siri Huawei Nova hadir dengan tiga pilihan varian dan tampil dengan spesifikasi yang hampir sama.

Huawei Nova 11 Ultra


Merupakan model baharu dan paling berkuasa dalam siri Huawei Nova 11, Hadir dengan skrin jenis melengkung bersaiz 6.7-inci OLED FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasan dengan cip Snapdragon 778G 4G yang dipadankan dengan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 4500mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 100W.

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP + 2MP. Manakala untuk swafoto ia hadir dengan tetapan dwi-kamera dengan sensor 60MP + 8MP. Menariknya mengenai kamera pada Huawei Nova 11 Ultra adalah apetur boleh diubah-ubah dari f/1.4 hingga f/4.0. Peranti ini juga turut menyokong komunikasi satelit, boleh menghantar mesej tanpa menggunakan sebarang rangkaian.


Huawei Nova 11 Pro


Secara asasnya, model ini berkongsi spesifikasi hampir sama dengan Huawei Nova 11 Ultra. Dilengkapi dengan skrin OLED FHD+ bersaiz 6.7-inci yang turut menyokong paparan 120Hz. Turut dikuasakan dengan cip Snapdragon 778G 4G yang dipadankan dengan storan dalaman 512GB. Bateri 4500mAh dibawakan dengan pengecasan pantas 100W/

Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP + 2MP. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan tetapan yang sama iaitu sensor 60MP + 8MP. Turut menyokong komunikasi satelit, boleh menghantar mesej tanpa menggunakan sebarang rangkaian. Dari segi keselamatan, ia hadir dengan pengimbas cap jari di bawah skrin.

Hauwei Nova 11


Untuk model paling asas, ia hadir dengan skrin OLED FHD+ jenis rata bersaiz 6.7-inci bersama paparan 120Hz. Turut dikuasakan dengan cip Snapdragon 778G 4G yang dipadankan dengan storan dalaman 256GB. Bateri 4500mAh dimuatkan dengan pengecasan pantas 66W.

Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP + 2MP. Untuk swafoto ia hadir dengan kamera tunggal 60MP. Dari segi keselamatan, ia menyokong pengimbas cap jari di bawah skrin.

Di China, Huawei Nova 11 dijual pada harga bermula sekitar CNY2,499 (RM1614), Huawei Nova 11 Pro CNY3499 (RM2260) dan Huawei Nova 11 Ultra CNY4499 (RM2905). Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai ketersediaan peranti ini untuk pasaran tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN