Close

Siri realme 11 akan dilancarkan pada 10 Mei ini

realme telah menjadualkan acara pelancaran bagi siri realme 11 yang akan berlangsung pada 10 Mei ini di China. Pada acara pelancaran ini, realme mungkin akan membawakan tiga varian iaitu realme 11, realme 11 Pro dan realme 11 Pro +.

Mengikut penyenaraian 3C di China, realme 11 akan menggunakan kod model RMX3751, akan hadir dengan pengecasan pantas 33W dan menyokong rangkaian LTE dan 5G. Yang mana, spesifikasi ini dilihat sama seperti yang ditawarkan pada realme 10 5G.

Sementara untuk realme 11 Pro dan realme 11 Pro+, ia dijangka akan hadir dengan skrin AMOLED 120Hz jenis melengkung, cip Dimensity 1080, bateri 5000mAh dan kamera utama 200MP. Dengan tarikh pelancaran yang semakin hampir, kami menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa.

ARTIKEL BERKAITAN