Close

Siri Redmi Note 12 kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula dari RM699


Sub-jenama Xiaomi iaitu Redmi kini sedia untuk menawarkan peranti baharu kelas pertengahan mereka untuk pasaran tempatan melalui siri Redmi Note 12. Melaluinya ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi, kemampuan kamera yang lebih baik dan pengecasan yang lebih pantas.



Untuk model paling tinggi iaitu Redmi Note 12 Pro+ 5G, ia dilengkapi dengan skrin AMOLED FHD+ bersaiz 6.67-inci dengan paparan 120Hz. Skrin peranti ini turut menyokong kandugan HDR10+, Dolby Vision dan tahap kecerahan puncak pada 900 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 1080 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 2.2.
Dari segi fotografi, ia hadir dengan sistem tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP ISOCELL HPX OIS + 8MP ultralebar + 2MP makro, dan 16MP untuk swafoto. Bateri 5000mAh dimuatkan dengan pengecasan pantas HyperCharge120W.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti pembesar suara jenis stereo, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari pada butang kuasa, LiquidCool Technology dan lain-lain.
Manakala untuk Redmi Note 12 5G, ia dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci bersama paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 1200 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 4 Gen 1 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 2.2.
Membawakan tetapan sistem tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 8MP ultralebar + 2MP makro, manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor 13MP. Bateri 5000mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 33W.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP53, bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan MIUI 14 berasaskan Android 12.

Seterusnya, adalah model terakhir iaitu Redmi Note 12, dilengkapi dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci bersama paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 1200 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 685 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.


Membawakan tetapan sistem tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP ultralebar + 2MP makro, manakala untuk swafoto ia hadir dengan sensor 13MP. Bateri 5000mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 33W.


Untuk harga jualan, Redmi Note 12 Pro+ 5G dijual pada harga RM1599 (8GB + 256GB), Redmi Note 12 5G dijual pada RM1099 (8GB + 256GB), dan Redmi Note 12 dijual pada RM799 (8GB + 128GB).
Bagi yang berminat, siri Redmi Note 12 akan mula dijual secara eklusif melalui Shopee dan Lazada bermula 6 hingga 13 April ini, setiap pembelian akan menarima Redmi Band 2. Untuk pembelian 14 April ke atas akan menerima Redmi Buds 4 Lite. Dan bersempena acara pelancaran, Redmi Note 12 akan dijual pada harga istimewa RM699 untuk 6GB + 128GB. Sekiranyan


ARTIKEL BERKAITAN