Close

Sistem kamera Telsa dikatakan merakam imej sensitif pemiliknya

Bekas pekerja Tesla mendedahkan yang sistem kamera yang dimuatkan pada kereta Tesla telah merakam imej dan video sensitif pemiliknya tanpa kebenaran. Kemudian, imej rakaman tersebut dikatakan telah tersebar.

Tujuan utama Tesla memuatkan sistem kamera adalah untuk membolehkan ciri pandu sendiri digunakan dan juga berfungsi sebagai pengawal. Namun, keupayaan tersebut telah disalahgunakan dan menimbulkan permasalahan yang lain.

Menurut Reuters, pekerja Telsa dikatakan telah berkongsi rakaman imej dan video sensitif tanpa pengetahuan pemiliknya, antara tahun 2019 hingga 2022. Yang mana, perkara tersebut dikongsi melalui sistem permesejan dikalangan perkerja. Perkara tersebut dilihat melanggar hak privasi pengguna, biarpun imej dan video yang dikongsi tidak berbahaya.

Namun begitu, sistem kamera ini dilihat turut membantu dalam beberapa perkara seperti pada 2021 terdapat satu insiden pelanggaran yang berjaya di rakam oleh kamera tersebut. Tetapi, ia juga memberikan impak yang negatif apabila turut merakam seorang lelaki dalam keadaan bogel ketika berjalan ke arah Tesla mliliknya tanpa menyedari yang beliau sedang dirakam.

Salah seorang pekerja Tesla turut berseloroh menyatakan yang beliau  tidak akan membeli Tesla selepas mengetahui perkara tersebut dan turut menyatakan yang pelanggaran hak privasi adalah perkara yang serius.

China, Belanda dan Jerman antara negara yang telah menimbulkan kebimbangan terhadap sistem kamera Tesla yang dikatakan telah “melanggar undang-undang perlindungan data.”

Buat masa ini, pihak Tesla atau CEO Tesla iaitu Elon Musk belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dakwaan tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN