Close

Snapdragon 8 Gen 3 dijangka hadir dengan teras berkelajuan 3.7GHz

Qualcomm dijangka akan membawakan perubahan yang lebih ketara pada cip premium mereka yang seterusnya iaitu Snapdragon 8 Gen 3. Antara perubahan yang akan dibawa adalah konfigurasi teras baharu dan juga kelajuan teras utama yang lebih tinggi.

Menurut laporan, Cip Snapdragon 8 Gen 3 akan menggunakan nombor model SM8650. Masih lagi hadir dengan 8 teras, namun dengan konfigurasi yang berbeza iaitu 1 teras utama  + 5 teras prestasi + 2 teras kecekapan. Dengan konfigurasi baharu ini, ia dijangka akan menawarkan peningkatan prestasi yang lebih ketara berbanding cip Snapdragon 8 Gen 2.

Pada cip baharu ini, Qualcomm akan menggunakan teras utama Cortex-X4 dengan kelajuan mencapai sehingga 3.7GHz yang akan dipadankan dengan GPU baharu Adreno 750. Cip ini akan hadir dengan teknologi binaan yang sama iaitu 4nm tetapi, dengan nod N4P baharu yang dikatakan lebih cekap kuasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN