Close

Sofyank menang dalam acara Ultimate VFX Challenge oleh Zach King di Los Angeles

Sofyank tidak asing lagi dalam video magic yang sering dikongsikan melalui media sosial beliau yang menarik minat ramai penonton di Malaysia. Baru-baru ini beliau telah menyertai Ultimate VFX Challenge yang dianjurkan oleh Zach King di Los Angeles.

Terdapat 3 peserta dalam cabaran ini dan beberapa cabaran perlu ditempuhi oleh setiap peserta untuk menjadi juara. Antaranya seperti perlu berjalan atas tali di kawasan yang tinggi, perlu bertahan dalam kotak yang diisi ular dan banyak lagi.

Sofyank telah dinobatkan sebagai pemenang dalam acara ini. Sekaligus, ia telah mengharumkan nama negara Malaysia dan membuktikan bakat beliau yang luar biasa dalam dunia videografi.

Anda boleh tonton video penuh di bawah :



ARTIKEL BERKAITAN