Close

Sony menjadualkan acara pelancaran Xperia 1 V baharu pada 11 Mei ini

Sony secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran untuk generasi baharu Xperia 1 V yang akan berlangsung pada 11 Mei ini. Maklumat tersebut di kongsi melalui satu video teaser berdurasi 23 saat dengan tajuk “The Next ONE is coming…”.

Siri Xperia 1 adalah peranti yang memfokuskan kepada kemampuan fotografi seperti yang ditawarkan pada barisan kamera yang ditawarkan oleh Sony. Selain itu, siri ini turut ditawarkan dengan sejumlah peningkatan spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih.

Berikutan dari itu, kita mungkin akan melihat Xperia 1 V ini akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 bersama dengan keupayaan kamera baharu yang dipertingkat, menjanjikan pengalaman penggunaan kamera yang setanding kamera Sony.

Dengan hari pelancaran yang semakin hampir. Kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN