Close

Sony ZV-E1 kini boleh dipra-tempah di Malaysia dengan harga bermula dari RM10499

Sony Malaysia kini sedia untuk menawarakan model baharu kamera digital mereka untuk pasaran tempatan melalui model Sony ZV-E1. Kamera digital ini memfokuskan kepada keupayaan Vlogger yang turut hadir dengan beberapa fungsi dan spesifkasi menarik.

Sony ZV-E1 dilengkapi dengan sensor 12MP bingkai penuh yang juga merupakan model ZV pertama yang hadir dengan bingkai penuh, sama seperti digunakan pada model Sony A7S III dan FX3. Dikuasakan dengan cip pengimejan BIONZ XR yang menjanjikan kualiti imej yang dihasilkan sentiasa terbaik.

Dari segi rakaman video, Sony ZV-E1 ini mampu merakam pada resolusi 4K 60fps 10-bit dan akan turut menyokong rakaman 4K 120fps pada masa akan datang melalui kemas kini. Selain itu, ia juga mempunyai keupayaan merakam video pada mod sinematik dan juga mod Cinemascope yang mana pengguna boleh memilih nisbah skrin ke 21:9 tanpa perlu sebarang suntingan.

Sony ZV-E1 ini turut hadir dengan sokongan perisian baharu seperti AI human recognition yang mana ia kini menyokong pengecaman wajah berbilang, auto framing, , framing Stabilizer dan juga auto microphone. Fungsi khusus Vlogger turut dipertingkatkan melalui mod aktif dinamik dengan 30% lebih baik dari mod standard yang dapat mengurangkan gegaran kamera ketika merakam.

Di Malaysia, Sony ZV-E1 ditawarkan pada harga bermula RM10,499 tanpa lensa, dengan lensa 28-60mm Zoom Lens ia dijual pada harga RM11,999. Bagi yang berminat, pra-tempahan telahpun dibuka. Setiap pembelian akan menerima SF-M64 dan NF-FZ100 secara percuma. Sony turut menawarkan promosi eksklusif pembelian dengan pembelian (PWP) untuk FE 20mm F1.8 G Ultra-Wide Prime Lens dengan harga RM3799, ECM-B10 Shotgun Microphone RM849 atau GP-VPT2BT Wireless Shooting Grip berharga RM349.

ARTIKEL BERKAITAN