Close

Tabung Haji umum agihan keuntungan 3.10%

Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2022 sebanyak 3.10% selepas zakat dilunaskan bagi pihak pendeposit.


Agihan keuntungan tersebut melibatkan jumlah sebanyak 2.65 bilion yang memberi manfaat kepada lebih dari 8.7 juta pendeposit. Pengiraan agihan keuntungan tahunan ini adalah berdasarkan kepada purata baki minimum bulanan yang disimpan sepanjang tahun. Yang mana, seperti tahun-tahun sebelumnya.
Dalam masa yang sama, TH turut menyatakan yang pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan pada akaun mereka bermula 12 tengah hari 29 April ini.
Bagi melancarkan urusan agihaan keuntungan, semua urus niaga akan ditangguhkan sementara waktu bermula jam 8 malam 28 April 2023 sehingga 12 tengah hari Sabtu 29 April 2023.

ARTIKEL BERKAITAN