Tesla akan bina 50 Supercharger di Malaysia dalam masa tiga tahun - FUZZ.MY

Thursday, April 20, 2023

Tesla akan bina 50 Supercharger di Malaysia dalam masa tiga tahun


Menteri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri iaitu Tengku Zahfrul melalui Twitter rasmi beliau mengesahkan yang Tesla akan membina 50 Supercharger di Malaysia dalam masa 3 tahun.


 

Maklumat tersebut dikongsi melalui jawapan balas kepada pengguna Twitter yang bertanya mengenai ketersediaan infrastrutur pengecasan Tesla di Malaysia. Menurut Tengku Zafrul, Tesla akan membina sekurang-kurangnya 50 Supercharge di Malaysia dalam tempoh 3 tahun dan 30% daripada jumlah tersebut mesti menyokong pengecasan untuk kenderaan elektrik dari pengeluar lain.


Pada awal Mac lalu, MITI Malaysia telahpun meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Battery Electric Vehicles (BEV) ke MalaysiaSehubungan dengan itu, Tesla akan membuka ibu pejabat, pusat servis, dan juga rangkaian Supercharger di Malaysia tidak lama lagi. 


Tesla dijangka akan beroperasi dalam masa terdekat berikutan syarikat tersebut telahpun mengiklankan beberapa jawatan kosong untuk diisi pada minggu lalu.