Close

Tesla membuka peluang pekerjaan di Malaysia – Dijangka akan beroperasi tidak lama lagi


Seperti yang kita tahu, syarikat automotif popular iaitu Tesla Inc akan membuka ibu pejabat mereka di Malaysia tidak lama lagi. Berikutan dari itu, syarikat tersebut kini dilihat telah membuka beberapa peluang pekerjaan di Malaysia.



Melalui iklan tersebut, memperlihatkan lebih dari 9 jawatan kosong untuk diisi antaranya adalah seperti sokongan perniagaan, operasi, jualan, khidmat pelanggan, juruteknik sokongan IT, pengambilan pekerja, pengurus stor dan lain-lain. Kesemua jawatan kosong yang ditawarkan bertempat di Kuala Lumpur.


Dengan pengiklanan jawatan kosong tersebut, kami menjangkakan yang syarikat automotif mungkin akan memulakan operasi di Malaysia tidak lama lagi. Bagi anda yang berminat untuk menjadi sebahagian dari Tesla, anda boleh layari laman rasmi Tesla untuk maklumat lanjut mengenai jawatan kosong yang dibuka.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN